Tuesday, May 27, 2008

Ikan Keli Eksotika, Clarias gariepinus

Kingdom:Animalia
Phylum:Chordata
Class:Actinopterygii
Order:Siluriformes
Family:Clariidae
Genus:Clarias
Species:C. gariepinus


Ikan Keli Eksotika, nama saintifiknya Clarias gariepinus berasal daripada Afrika. Masyarakat Malaysia sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dengan species ikan ini kerana kepopularannya yang amat tinggi. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik pembiakan ikan keli secara aruhan (Induced Breeding), perlulah mengetahui perbezaan-perbezaan yang wujud diantara induk jantan dan betina.

Apabila dilihat dari bahagian atas induk keli, ianya kelihatan seperti begini,

Induk keli jantan menunjukkan struktur abdomen yang kecil apabila dibandingkan dengan induk keli betina yang mempunyai abdomen yang lebih besar. Perbezaan ini wujud kerana induk betina mempunyai kantung-kantung Ovari di dalam abdomennya.

Cara membezakan induk dengan kaedah ini kemungkinan susah sedikit, cara kedua yang lebih mudah adalah seperti berikut:

Induk keli akan dibezakan dengan perbandingan alat kelamin (genital papilla) .Sila lihat gambar dibawah untuk keterangan lanjut.

Gambar di atas menunjukkan perbezaan ketara yang wujud diantara induk jantan dan induk betina ikan keli Eksotika. Genital papilla jantan adalah panjang, dan ianya nampak seperti sebuah kon. Manakala genital papilla betina berbentuk bulat.

Pemilihan induk keli untuk proses persenyawan hendaklah dibuat dengan memilih induk induk yang matang. Induk matang akan mempunyai genital papilla yang berwarna kemerah-merahan sedikit.

Bagi induk jantan, warna merah terdapat pada hujung genital papilla dan bagi yang betinanya pula, warna merah wujud di sekitar permukaan genital papilla yang bulat. Apabila abdomen kedua-dua induk matang dipicit secara perlahan-lahan menuju kearah genital papilla tersebut, sedikit telur akan keluar bagi yang betina, dan bagi yang jantan pula akan keluarlah spermanya (kuantiti sedikit).

Ikan Keli, Clarias gariepinus

Kingdom:Animalia
Phylum:Chordata
Class:Actinopterygii
Order:Siluriformes
Family:Clariidae
Genus:Clarias
Species:C. gariepinus



Sila klik di dalam gambar ini dan gambar berikutnya untuk mendapat gambaran yang lebih besar

Ikan Keli Eksotika, nama saintifiknya Clarias gariepinus berasal daripada Afrika. Masyarakat Malaysia sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dengan species ikan ini kerana kepopularannya yang amat tinggi. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik pembiakan ikan keli secara aruhan (Induced Breeding), perlulah mengetahui perbezaan-perbezaan yang wujud diantara induk jantan dan betina.

Apabila dilihat dari bahagian atas induk keli, ianya kelihatan seperti begini,


Induk keli jantan menunjukkan struktur abdomen yang kecil apabila dibandingkan dengan induk keli betina yang mempunyai abdomen yang lebih besar. Perbezaan ini wujud kerana induk betina mempunyai kantung-kantung Ovari di dalam abdomennya.

Cara membezakan induk dengan kaedah ini kemungkinan susah sedikit, cara kedua yang lebih mudah adalah seperti berikut:

Induk keli akan dibezakan dengan perbandingan alat kelamin (genital papilla) .Sila lihat gambar dibawah untuk keterangan lanjut.


Gambar di atas menunjukkan perbezaan ketara yang wujud diantara induk jantan dan induk betina ikan keli Eksotika. Genital papilla jantan adalah panjang, dan ianya nampak seperti sebuah kon. Manakala genital papilla betina berbentuk bulat.

Pemilihan induk keli untuk proses persenyawan hendaklah dibuat dengan memilih induk induk yang matang. Induk matang akan mempunyai genital papilla yang berwarna kemerah-merahan sedikit.

Bagi induk jantan, warna merah terdapat pada hujung genital papilla dan bagi yang betinanya pula, warna merah wujud di sekitar permukaan genital papilla yang bulat. Apabila abdomen kedua-dua induk matang dipicit secara perlahan-lahan menuju kearah genital papilla tersebut, sedikit telur akan keluar bagi yang betina, dan bagi yang jantan pula akan keluarlah spermanya (kuantiti sedikit).


Monday, May 26, 2008

Selamat Datang Ke Blue Lotus Fisheries Blog

Salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara saudari yg dihormati dan saya amat mengalu alukan kehadiran anda semua. Terlebih dahulu, izinkan saya berkongsi sedikit info mengenai diri saya. Saya berasal daripada Kuala Lumpur dan adalah seorang graduan bioteknologi yang telah membuat 2 jenis kajian mengenai ikan keli Eksotika yang berasal dari Afrika.

Kajian pertama adalah mengenai Pembenihan ikan Keli Eksotika, Clarias gariepinus dengan menggunakan hormon, dan kajian kedua adalah mengenai Perkembangan telur Ikan Keli Eksotika dari waktu persenyawaan sehingga rega (fries) kehabisan yolkanya (yolk sac).

Saya akan menggunakan blog ini untuk memaparkan informasi-informasi yang relevan mengenai teknik-teknik akuakultur, seperti pembenihan dan sebagainya. Sekian