Kingdom: | Animalia |
Phylum: | Chordata |
Class: | Actinopterygii |
Order: | Siluriformes |
Family: | Clariidae |
Genus: | Clarias |
Species: | C. gariepinus |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhO2m4BcYiPXyDS9q42VDkWFbt1Ltr2sbxL3teoLlTzZV4wqX6UybgGqzpx-m5mDiL39leKcl3oeMDJ_4QW5HOM8hS7Lge7EMHlQa41K08QU6AsTrxfxR1LD_uVd1GGODF8F77gssX6Lok/s320/6+catfish+copy.jpg)
Ikan Keli Eksotika, nama saintifiknya Clarias gariepinus berasal daripada Afrika. Masyarakat Malaysia sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dengan species ikan ini kerana kepopularannya yang amat tinggi. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik pembiakan ikan keli secara aruhan (Induced Breeding), perlulah mengetahui perbezaan-perbezaan yang wujud diantara induk jantan dan betina.
Apabila dilihat dari bahagian atas induk keli, ianya kelihatan seperti begini,
Induk keli jantan menunjukkan struktur abdomen yang kecil apabila dibandingkan dengan induk keli betina yang mempunyai abdomen yang lebih besar. Perbezaan ini wujud kerana induk betina mempunyai kantung-kantung Ovari di dalam abdomennya.
Cara membezakan induk dengan kaedah ini kemungkinan susah sedikit, cara kedua yang lebih mudah adalah seperti berikut:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_kzp9jzoDTjqWcVZ5CbibZTLBDj4hyphenhyphencCkeBczPYGX0jwUBwO3NMDig8kveW3flm2ZRy2qzy4QPXlS0qGg5oS1nM78Ul6P5QpoRrIwFFu-yeqO0eaPt3-sfNudlZRFxQzqmMjGFA9e59g/s320/Perbezaan+induk+jantan+dan+betina+copy.jpg)
Gambar di atas menunjukkan perbezaan ketara yang wujud diantara induk jantan dan induk betina ikan keli Eksotika. Genital papilla jantan adalah panjang, dan ianya nampak seperti sebuah kon. Manakala genital papilla betina berbentuk bulat.
Pemilihan induk keli untuk proses persenyawan hendaklah dibuat dengan memilih induk induk yang matang. Induk matang akan mempunyai genital papilla yang berwarna kemerah-merahan sedikit.
Bagi induk jantan, warna merah terdapat pada hujung genital papilla dan bagi yang betinanya pula, warna merah wujud di sekitar permukaan genital papilla yang bulat. Apabila abdomen kedua-dua induk matang dipicit secara perlahan-lahan menuju kearah genital papilla tersebut, sedikit telur akan keluar bagi yang betina, dan bagi yang jantan pula akan keluarlah spermanya (kuantiti sedikit).
No comments:
Post a Comment