Friday, June 20, 2008

Ovaprim


Ovaprim contains sGnRHa and Domperidone


Hormon Ovaprim digunakan dalam teknik pembenihan ikan keli secara aruhan (Induced Breeding). Botol 10ml ini boleh digunakan kurangnya sebanyak 10 hingga 12 kali bergantung kepada cara penggunaan individu. Pembaziran seharusnya dielakkan kerana harga pasaran hormon ini adalah agak mahal, iaitu lebih kurang rm90 sebotol.

Label pada botol Ovaprim ini ada menyatakan bahawa jumlah penggunakan hormon adalah sebanyak 0.5ml per kilogram berat badan ikan keli. Jadi cara pengiraan jumlah hormon adalah seperti berikut,


Berat Badan ikan (dalam unit Kilogram) x 0.5ml

Contohnya,

Jika Berat ikan 1kg x 0.5ml = 0.5ml
Jika Berat ikan 600g, ditukarkan kepada unit kg = 0.6kg x 0.5ml = 0.3ml

Cara pengiraan ini adalah digunakan untuk kedua-dua ikan jantan dan betina.
Seterusnya, jarum suntikan 1ml digunakan untuk proses penyuntikan.



Cara mengeluarkan hormon dari botol


Cara suntikan ikan keli

10 hingga 12 jam selepas suntikan hormon, ikan keli sudah bersedia untuk proses pengeluaran telur dan sperma.









No comments: